SEBAHAGIAN DARI JENIS ULAM TRADISIONAL DAN KHASIATNYA
Lebih daripada 120 jenis ulam tradisional telah dikenal pasti di Malaysia sehingga kini (Muharyani 1987). Ulam-ulam ini dari berbagai famili tumbuh-tumbuhan. Ulam boleh didapati dari tumbuhan kecil dan melata seperti pegaga, hingga pokok-pokok renek dan pokok- pokok besar seperti petai dan kerdas. Sebilangan pokok ulam ini jenis semusim manakala yang lain jenis saka.
Pokok petai misalnya, tergolong dalam pokok yang besar dan tinggi. Biasanya tumbuh liar di kawasan pedalaman, di dusun atau di hutan belantara. Pokoknya boleh meninggi atau menjulang antara 20 – 30 m seperti pokok binjai. Ukuran lilit batangnya boleh menjangkau antara 2 – 5 m. Manakala pegaga pula sejenis herba yang tumbuh menjalar dengan daun berbentuk cordate berukuran selebar 1.3 – 5.1 cm dan mempunyai tangkai daun yang panjangnya 2.5 – 7.6 cm.
Berdasarkan kedapatan dan kebiasaan, ulam-ulam tradisional secara amnya boleh dibahagi kepada dua kumpulan (Jadual 1). Kumpulan ulam yang popular dan mudah didapati di pasaran, contohnya rebung buluh, cekur manis, jering, kacang kelisa, petai, ulam raja dan sebagainya. Sementara beluntas, pucuk betik, cekur, pucuk gajus dan beberapa jenis ulam lagi termasuk dalam kumpulan kedua iaitu ulam yang kurang terkenal dan jarang didapati di pasaran.
Jadual 1. Beberapa Jenis Ulam Tradisional Malaysia
JENIS YANG POPULAR
Nama biasa Nama saintifik
Buluh (rebung) Bambusa sp.
Cekur manis Sauropus androgynus
Jering Pithecellobium jiringa
Kacang kelisa Psophocarpus tetragonolobus
Kaduk Piper sarmentosum
Kerdas Pithecellobium bubalinum
Kesum Polygonum minus
Nangka (buah muda) Artocarpus integra
Paku (pucuk) Athyrium esculentum
Pegaga Hydrocotyle asiatica
Petai Parkia speciosa
Pisang (jantung) Musa sapientum
Selom Oenanthe javanica
Terung pipit Solanum torvum
Ubi kayu (pucuk) Manihot esculenta
Ulam raja Cosmos caudatus
JENIS YANG KURANG TERKENAL
Betik (pucuk) Carica papaya
Beluntas Pluchea indica
Cekur Kaempferia galanga
Gajus (pucuk) Annacardium occidentale
Geli-geli Lasia spinosa
Kelor (daun) Moringa oleifera
Kemahang Colocasia esculenta
Keman Neptunia prostrata
Keremak Alternanthera triandra
Mengkudu (pucuk) Morinda citrifolia
Pina-pina Pterococcus corniculatus
Putat (pucuk) Barringtonia racemosa
Paku rawan Limnocharis flava
Salang Claoxylon longifolium
Setang Melia excelsa
Tapak itik Marsilis minuta
PENGELUARAN
Cuma beberapa jenis ulam tradisional sahaja yang ditanam. Itu pun secara kecil-kecilan untuk keperluan sendiri atau dipasarkan. Antara ulam-ulam tersebut termasuklah ulam raja, selom dan kacang kelisa. Kebanyakan jenis ulam seperti jering, pucuk putat dan rebung dikutip dari tumbuh-tumbuhan yang tumbuh dalam keadaan semulajadi seperti hutan atau dusun. Sebilangan besarnya pula merupakan hasil sampingan sesuatu tanaman yang ditanam untuk tujuan lain. Golongan ini termasuklah jantung pisang, pucuk ubi, nangka muda dan pucuk gajus.
Memandangkan perkara-perkara tersebut, tahap pengeluaran dan keluasan kawasan tanaman ulam adalah amat sukar untuk ditentukan. Walau bagaimanapun, oleh sebab permintaan yang meningkat untuk beberapa jenis ulam terutama petai, terdapat petani-petani yang telah mula menanam ulam-ulam secara meluas atau komersial.
KHASIAT PEMAKANAN
Sebagaimana sayur-sayuran biasa, ulam-ulam juga mengandungi nilai pemakanan yang penting seperti karbohidrat, lemak, protein, mineral-mineral dan vitamin-vitamin untuk kesihatan manusia. Khasiat pemakanan beberapa jenis ulam utama yang dibandingkan dengan kubis dan sawi disenaraikan dalam Jadual 2.
Secara amnya ulam-ulam jenis biji, seperti petai dan jering, mempunyai nilai kalori atau tenaga yang tinggi (102 – 124 kcal/100g). Kandungan kalori ulam-ulam jenis buah pula sederhana, misalnya 78 kcal/100g bagi terung pipit. Kandungan kalori ulam-ulam jenis daun atau pucuk agak rendah iaitu 17 – 74 kcal/100g. Biasanya kandungan kalori ini berkait rapat dengan kandungan karbohidrat dan lemak. Bagaimanapun kandungan lemak ulam-ulam utama yang dikaji kurang daripada 1.8g/100g ulam.
Kandungan nutrisi biji petai berbeza mengikut umur dan kesegaran bijinya. Petai yang kecut atau bijinya tidak membulat merupakan petai yang tidak elok serta kandungan khasiatnya kurang. Petai yang segar mengandungi kandungan protein yang tinggi (10g/100g petai) dibandingkan dengan ulam-ulam lain. Kajian oleh MARDI menunjukkan bahawa protein di dalam petai dan jering adalah bermutu tinggi kerana mengandungi profil asid amino yang baik terutama asid-asid amino perlu. Kandungan protein bagi jering, pucuk ubi dan cekur manis pula di antara 5.8 dan 7.6 g/100g ulam. Ulam-ulam lain yang dikaji mempunyai kandungan protein yang kurang daripada 3.8 g/100g ulam.
Kebanyakan ulam mengandungi mineral-mineral utama seperti kalsium (Ca), fosforus (P), besi (Fe), natrium (Na) dan kalium (K). Daun kaduk didapati mempunyai Ca, P dan Fe yang paling tinggi iaitu sebanyak 446, 50 dan 13.1 mg masing-masing bagi setiap 100g, dibandingkan dengan ulam-ulam lain.
Kebanyakan ulam juga mengandungi vitamin-vitamin utama seperti karotena, vitamin A, B dan C. Antara ulam-ulam yang dikaji, cekur manis didapati amat kaya dengan karotena iaitu sebanyak 17 870 g/100g ulam, dibandingkan dengan ulam-ulam lain yang karotenanya kurang daripada 5 700 g/100g. Cekur manis dan pucuk ubi kayu didapati kaya dengan vitamin C (136 – 192 g vitamin C/100g) dibandingkan dengan ulam-ulam lain. Kedua-dua jenis ulam ini sangat mudah didapati kerana tumbuh meliar di kawasan dusun atau belukar. Ia juga mudah tumbuh jika ditanam dan tahan terhadap penyakit.
Kebanyakan vitamin yang terkandung di dalam ulam tidak dimusnahkan oleh haba. Ini kerana biasanya ulam-ulam dimakan mentah iaitu tidak dimasak atau jika perlu direbus seketika sebelum dimakan. Vitamin yang mudah larut di dalam air dan mudah dimusnahkan oleh haba ialah vitamin B dan vitamin C.
Serabut adalah satu lagi komponen yang penting di dalam ulam-ulam. Sungguhpun serabut tidak dihadamkan, kita memerlukan sejumlah serabut untuk menjaga kesihatan badan. Serabut berguna untuk memberikan pukal (bulk) pada bahan buangan dan untuk pergerakan bahan buangan di dalam saluran penghadaman. Kekurangan serabut dalam sajian akan menyebabkan sembelit dan buasir. Sebilangan besar ulam, terutama jenis daun, mempunyai kandungan serabut yang melebihi 1.5 g/100g ulam. Kandungan serabut daun kaduk ialah antara yang tertinggi, iaitu sebanyak 2.7 g/100g daun.
KHASIAT PERUBATAN
Ulaman tempatan yang kita miliki sebenarnya buka sahaja sebagai pembuka selera malah ada yang menjadi penawar di samping sumber makanan yang berkhasiat. Dalam perubatan tradisional Melayu, beberapa jenis ulam dikatakan mempunyai khasiat perubatan sama ada sebagai pencegah atau penyembuh penyakit (Jadual 3).
Pegaga telah diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai herba menjanakan kecerdasan berfikir di kalangan kanak-kanak. Sementara itu, Dr. Robert D. Willix Jr. dalam bukunya Health ang Longevity Newsletter menggelar pegaga sebagai “herba ajaib” kerana dapat membantu peredaran darah dan meningkatkan kesihatan kulit. Rajen M, seorang ahli farmasi yang juga pensyarah di Universiti Malaya menyatakan khasiat pegaga telah lama diiktiraf di seluruh Asia.
Jering pula didapati mengandungi sejenis sebatian alkaloid yang boleh memberi rangsangan untuk membuang air kecil. Sementara bagi pesakit kencing manis pula, jering boleh menjadi penawar yang berkesan sekiranya diambil secara berterusan dengan kadar yang sedikit. Ini kerana kandungan sebatian alkaloid di dalamnya mampu meneutralkan kandungan gula di dalam badan. Khasiat daun kaduk untuk memperkuatkan tulang pula mungkin disebabkan oleh kandungan mineral, terutamanya kalsium yang tinggi.
Jadual 3. Khasiat Ulam Mengikut Perubatan Tradisional Melayu
Jenis Ulam Khasiat
Cekur Menguncupkan rahim (untuk wanita lepas bersalin), mencegah sakit dan sengal tulang, demam, batuk dan sakit kerongkong.
Jering Mencegah penyakit kencing manis, membersihkan buah pinggang, memperbaiki pembuangan air kecil dan memperkuat tulang.
Kaduk Memperkuatkan tulang.
Pegaga Menguncupkan rahim, mengawet muda, memperbaiki peredaran darah, pertumbuhan rambut, memperkuatkan gigi dan untuk kecerdasan otak.
Petai Mencegah penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi, kembung, membersihkan darah dan usus.
Pucuk betik Membantu penghadaman.
Pucuk gajus Membersihkan darah.
Pucuk mengkudu Mencegah sakit kepala, buasir, kembung dan menguncupkan rahim.
Pucuk putat Mencegah pening dan darah tinggi, membersihkan darah dan menguncupkan rahim.
Ulam raja Membersihkan darah dan memperkuatkan tulang
ENAM (6) MANFAAT SAYUR BAYAM
1. BAIK UNTUK JANTUNG
Bayam kaya dengan antioksidan. Ia mampu mencegah plak kolesterol daripada berkumpul di saluran arteri jantung sekaligus mengurangkan risiko terkena penyakit jantung.
2. TULANG LEBIH KUAT
Bayam dapat mencegah osteoporosis dikalangan individu yang lanjut usia. Ini kerana bayam mengandungi vitamin K yang membantu dalam penyerapan kalsium oleh tulang.
3. MENCEGAH KANSER
Bayam juga mengandung flavonoid yang mampu mengurangkan risiko penyakit kanser kolon, ovari, paru-paru dan prostat.
4. MEMBINA SEL DARAH MERAH
Bayam kaya dengan zat besi yang sangat penting untuk membina sel darah merah. Sel darah merah bertindak membawa oksigen ke seluruh tubuh. Kekurangan zat besi akan membuat badan anda terasa lemah, kehilangan tenaga, mengantuk dan juga Anemia.
5. MEMBANTU PEMBENTUKAN JANIN YANG SIHAT
Bayam mengandungi folat dan vitamin A yang sangat penting dalam pembentukan bayi yang sihat. Ibu yang mengandung dinasihatkan agar mengambil bayam dalam kuantiti yang secukupnya agar bayi dalam kandungan dapat berkembang dengan sempurna.
6. MENGAWAL TEKANAN DARAH
Selain itu, bayam juga sangat bermanfaat untuk mengawal tekanan darah. Amalan memakan sayur bayam dapat mengelakkan anda dari mendapat penyakit darah tinggi.
Bayam kaya dengan antioksidan. Ia mampu mencegah plak kolesterol daripada berkumpul di saluran arteri jantung sekaligus mengurangkan risiko terkena penyakit jantung.
2. TULANG LEBIH KUAT
Bayam dapat mencegah osteoporosis dikalangan individu yang lanjut usia. Ini kerana bayam mengandungi vitamin K yang membantu dalam penyerapan kalsium oleh tulang.
3. MENCEGAH KANSER
Bayam juga mengandung flavonoid yang mampu mengurangkan risiko penyakit kanser kolon, ovari, paru-paru dan prostat.
4. MEMBINA SEL DARAH MERAH
Bayam kaya dengan zat besi yang sangat penting untuk membina sel darah merah. Sel darah merah bertindak membawa oksigen ke seluruh tubuh. Kekurangan zat besi akan membuat badan anda terasa lemah, kehilangan tenaga, mengantuk dan juga Anemia.
5. MEMBANTU PEMBENTUKAN JANIN YANG SIHAT
Bayam mengandungi folat dan vitamin A yang sangat penting dalam pembentukan bayi yang sihat. Ibu yang mengandung dinasihatkan agar mengambil bayam dalam kuantiti yang secukupnya agar bayi dalam kandungan dapat berkembang dengan sempurna.
6. MENGAWAL TEKANAN DARAH
Selain itu, bayam juga sangat bermanfaat untuk mengawal tekanan darah. Amalan memakan sayur bayam dapat mengelakkan anda dari mendapat penyakit darah tinggi.
TEH BAIK UNTUK WANITA(BANTU TINGKAT PELUANG UNTUK HAMIL SEHINGGA 27%)
BOSTON- PENGAMBILAN DUA CAWAN THE SECARA TERATUR SETIAP HARI MAMPU MEMBANTU WANITA MENINGKATKAN PELUANG UNTUK HAMIL SEHINGGA 27% KAJIAN YANG DIJALANKAN OLEH SEKUMPULAN PENYELIDIK DARI UNVERSITI BOSTON AMERIKA SYARIKAT ITU SEBALIKNYA MENDAPATI PENGAMBILAN DUA MINUMAN BERKARBONAT TIDAK KIRA SAMA ADA VERSI DIET ATAU BIASA PULA AKAN MENGURANGKAN PELUANG UNTUK HAMIL SEHINGGA 20%.
KETUA PENYELIDIK PROF. ELIZABETH HATCH BERKATA KAJIAN TERSEBUT DILAKUKAN TERHADAP 3600 WANITA YANG CUBA UNTUK HAMIL BAGI MENILAI KAITAN ANTARA PENGAMBILAN KAFEIN DAN KEHAMILAN.MUNGKIN IA DISEBABKAN KANDUNGAN KAFEIN DIDALAMNYA NAMUN MUNGKIN JUGA TERHADAP FAKTOR LAIN YANG BERKAITAN DENGAN GAYA HIDUP SESEORANG WANITA ATAU BAHAN BERMANFAAT LAIN YANG TERKANDUNG DIDALAM MINUMAN TERSEBUT,KATANYA.
MENURUT BELIAU PIHAKNYA TIDAK PASTI BAGAIMANA CARA RESPONDEN MENIKMAT TEH TERSEBUT SAMA ADA MENAMBAH SUSU ATAU LEMON DIDALAM MINUMAN MEREKA NAMUN PENGAMBILAN THE DIDAPATI MENINGKATKAN PELUANG WANITA UNTUK HAMIL BERBANDING MEREKA YANG TIDAK MINUM TEH.KAJIAN ITU JUGA MENDAPATI THE HIJAU ATAU THE HERBA TIDAK MEMPUNYAI KAITAN DENGAN PENINGKATAN PELUANG UNTUK HAMIL.TAMBAH HATCH,KAJIAN MENDALAM PERLU DILAKUKAN MENGENAI KESIHATAN DAN SAIX BAYI YANG DILAHIRKAN OLEH IBU-IBU YANG KERAP ,MENGAMBIL THE BAGI MENGESAHKAN LAGI MENGENAI MANFAAT MINUMAN ITU,
SEMENTARA ITU PENGARAH BERSEKUTU PUSAT KESUBURAN BRIDGE DI LONDON,LAURENCE SHAW PULA MENASIHATI WANITA BERUSIA 35 TAHUN KEATAS YANG INGIN HAMIL AGAR MENDAPATKAN NASIHAT DARIPADA PAKAR DAN TIDAK TERUS MENGAMBIL TEH DALAM KUANTITI YANG BANYAK-AGENSI-
SATU LAGI KHASIAT TEH
LONDON-pengambilan tiga cawan teh setiap hari cukup untuk mengelak anda daripada serangan jantung dan diabetis jenis 2,menurut satu kajian terkini.Kajian yang diketuai Dr.Carrie Ruxton itu menunjukkan pengambilan teh hitam secara teratur samada ditambah susu atau tidak,boleh mengurangkan masalah jantung dengan memotong paras kolestrol jahat dan juga gula dalam darah.
Beliau yang juga merupakan pakar pemakanan berkata manfaat teh terletak pada kandungan flavonoid,iaitu bahan anti-oksida yang berfungsi mengawal penyakit kardiovaskular.Secawan teh menyediakan antara 150 dan 200 miligram flavonoid dan ia merupakan sumber anti-oksidan terbaik berbanding hidangan lain.
Sebagai bandingan,kandungan anti-oksidan dalam dua cawan teh bersamaan dengan lima bahagian sayuran.
๐Assalamualaikum slm sejahtera warga group๐ข
BalasPadam๐ Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye๐ข๐
1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit kencing manis dan jugak kisah hidup pesakit kanser stage 1-stage 4 yang pulih dengan hanya produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit....
Boleh Call atau Wasap terus pengasas die..nanti blh cerita direct kt dia kita sakit apa dn lain2.. direct terus senang kn .ni nmbor dia.๐๐ผ *En Mohd Zuhairi- 0174687570*
2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau..kanser yg sudah merebak ke organ2 lain pon boleh diubati insya Allah.☺๐๐ป
3)Pengamal perubatan herba ni dh banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser..ade ramai yg dh pulih....
5)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.
6) Bagi yang ada sakit *KENCING MANIS* pon boleh mendapatkan ubatan *paling mujarab* , termasuk *kencing* *manis* *kronik* seperti *kaki* *berlubang* dan *bernanah* *sehingga* *tidak* *perlu* *dipotong* .
Sy share melalui pengalaman sy sdri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sdri pon guna produk die (jus herba) dh 3thn.
Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar knser yg tepat .๐ช๐ผ
Nanti dh beli produk die blh join group wasap..boleh la kenal2 pesakit die yg dh sembuh mcm yg sy knl antaranya
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪ Pn. Hayati abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4..
Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan setahun saja untuk hidup.setia dengan jus herba ini.
Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
*Skg sudah sembuh dr kanser.*
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 *sekarang dh sembuh*
Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
*Tengku Aziah bt Tengku Ishak,bacaan gula 16 ,bertahun thun hidap kencing manis,minum herba ini bcaan sntiasa 6 shaja *
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪Pn. Rugayah Jilani -
Pesakit kanser payudara tahap 3B ketulan 10×10cm- *sudah sembuh !*
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪Pn. Noridah Md Dom - Pesakit kanser ovari tahap 3 merebak ke tyroid dan lymph- *sudah dapat kesan positif ,kesihatan beransur pulih.*
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dan ramai lg lah yg dh sembuh dr kanser leukimia dll yg guna produk jutawan herbs nih....ini kenyataan..bkn rekaan.nti blh cntct en zuhairi dn pm sdri testimoni2 td tu yer..๐
9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay๐๐ป
*En. Mohd Zuhairi - 017468 7570 ..*
๐๐ปIn sya Allah nanti boleh join group wasap dan boleh pinjam semangat pejuang2 kanser yg lain
๐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐คฒ๐ผ
*NOTE* :
Call order wasap@call- En mohd zuhairi- *0174687570*
๐kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
Tp nanti dia akn blas jugak yer..
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring